Selepas tiga minggu bercerai dengan pelakon Angelina Jolie, Brad Pitt akhirnya bertemu anak-anak.

"Brad telah menghabiskan masa dengan anak-anaknya baru-baru ini," ujar sumber seperti dilaporkan Daily Mail.

Pertemuan ini akan menjadi pengubat rindu kepada Brad kerana dia dikatakan amat merindui kesemua anak-anaknya itu.

Menurut sumber itu lagi sejak berpisah, Brad dilarang untuk bertemu anak-anaknya.

Sejak Angelina Jolie mendaftarkan tuntutan penceraian pada 19 September lalu, Brad mengaku mengalami kesukaran untuk bertemu anak-anaknya.

Angelina Jolie sendiri dikatakan telah melarang Brad untuk menemui keenam-enam anak mereka itu untuk kebaikan keluarga.

Terdahulu Angelina telah memfailkan tuntutan berkenaan atas alasan tiada persefahaman selain mendapati terdapat konflik diantara suami dan juga anak-anak mereka.

Dalam pada itu menurut sumber terdekat keluarga tersebut, Angelina juga tidak berpuas hati terhadap layanan Brad kepada anak-anaknya dan menganggap sikap panas baran lelaki itu amat membahayakan mereka.

Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama.