Penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar mengumumkan dia sedang hamil anak kedua.

Feeya berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @feeyaiskandar.

Feeya mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, tarikh yang sama pasangan Fattah Amin dan Fazura mengumumkan pertunangan mereka.

"Kalau Fattah dan Fazura dah sahkan mereka bertunang, ni Cikpiah pun nak sahkan juga yang sebenarnya Cikpiah mengandung lagi... So segala pertanyaan anda kenapa berisi? Sememangnya ada isi lah hahahaha. Jadi, doakan saja yang baik-baik. Push lagi," tulis Feeya.

Rata-rata peminat mendoakan agar penyampai radio itu berada dalam keadaan baik sehingga selamat melahirkan anak kedua.

Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, 28 mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Abd Wahab, 30 pada Mei tahun lalu.

Mereka dikurniakan anak pertama, Adam Malique yang dilahirkan pada 7 Februari lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Feeya

Kalau fattah n fazura dah confirmkan diorang bertunang.ni cikpiah pun nk confirmkan jugak yg sebenarnya cikpiah mengandung lagi..so segala pertanyaan anda kenapa berISI?? Sememangnya ada isi lah hahahaha? so doakan saja yg baik2.. ?? push lagiiii ?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on