Kumpulan Kristal akhirnya memutuskan untuk merehatkan vokalisnya, Lan daripada terbabit dengan sebarang aktiviti seni bersama band itu.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi @kristalband semalam dan diulang siar menerusi akaun gitaris band itu, Rody.

"Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru. Insya-Allah pengumuman akan dibuat," tulis akaun rasmi @kristalband.

Di atas nasihat org2 lama Kami kristal akan merehatkan lan.. dan akan buat audition mencari penyanyi baru.. insyaallah pengumuman akan di buat.. ?. Moga lan berjaya dgn hajatnya nak jadi penyanyi solo.. tak kan nak biarkan kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti xde show pulak ? .. insyaallah.. Aku akan memperjuangkan @kristalband bersama @kechiqrangers dan @acapkristal_ moga terus berjaya dan harap korang terus menyokong perjuangan kristal!

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on



Manakala, Rody turut memuatnaik kenyataan Lan dalam sebuah temu bual baru-baru ini yang menyatakan hasratnya untuk bergerak solo.

Rody dalam kemas kini akaun peribadinya lewat malam tadi turut menegaskan akan terus memperjuangkan nasib kumpulan Kristal walaupun tanpa penyanyi.

"Atas nasihat orang-orang lama kami akan merehatkan Lan.

"Semoga berjaya dengan hajatnya hendak menjadi penyanyi solo, takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula.

"Insya-Allah aku akan memperjuangkan Kristal bersama Kechik dan Acap.

"Moga terus berjaya dan harap anda terus menyokong perjuangan Kristal!" tulisnya.

Di atas nasihat org2 lama Kami kristal akan merehatkan lan.. dan akan buat audition mencari penyanyi baru.. insyaallah pengumuman akan di buat.. ?. Moga lan berjaya dgn hajatnya nak jadi penyanyi solo.. tak kan nak biarkan kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti xde show pulak ? .. insyaallah.. Aku akan memperjuangkan @kristalband bersama @kechiqrangers dan @acapkristal_ moga terus berjaya dan harap korang terus menyokong perjuangan kristal!

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on



Kenyataan itu mendapat pelbagai reaksi peminat setia band Kristal yang enggan melihat kumpulan itu berpecah belah.

Malah, ada yang menyarankan agar anggota band Kristal berbincang terlebih dahulu daripada membuat keputusan melulu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yusof menyuarakan hasrat untuk bergerak solo untuk mencabar dirinya keluar daripada zon selesa.

Bintang Gegar Vaganza 4 itu juga menjelaskan kenyataan untuk berehat daripada band Kristal pernah diluahkan namun ia sekadar gurauan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rodykristal