Konsert minggu keempat GegarVaganza 4 (GV4) berakhir apabila Haida diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir.

Dengan tema ‘Berdua Lebih Baik’, sembilan bintang GV4 menyampaikan lagu tugasan masing-masing secara berduet bersama bintang jemputan dengan penuh semangat.

Hazami yang menyampaikan lagu ‘Jangan Pisahkan’ bersama juara GV3, Azharina mengungguli tempat teratas dengan markah sebanyak 86%

Manakala Haida menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 53.2%

Untuk konsert keempat ini juga, Elyana yang menyampaikan lagu ‘Aku Yang Tersakiti’ dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan menerima ‘like’ paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida yang juga merupakan penaja GV4.

Selain Elyana, Aishah juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week buat kali ketiga dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta diberi pilihan untuk menentukan giliran persembahannya minggu ini.

Dalam pada itu, kesemua bintang GV4 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

Di bawah merupakan ‘recap’ komen-komen dan juga persembahan bintang GV4:

BACA: SEMBILAN BINTANG MARA KE MINGGU KELIMA, INI SENARAI MARKAH PENUH

Hazami - Jangan Pisahkan duet bersama Azharina


“Kamu berjaya buat lagu ni lain daripada yang lain. Yang ‘best’nya keserasian antara kamu berdua ‘very good’,” - Pak Ngah


Liza Hanim - Dirgahayu duet bersama Hafiz Suip


“Inilah yang dinamakan duet. Isi cerita dapat, ekspresi dan ‘eye contact’ dapat. ‘Clean!’ Tembaknya dapat!,” - Hetty Koes Endang


Aishah - Ceritera Cinta duet bersama Sam Innuendo


“‘Amaze’ kamu punya tenaga dengan lagu moden macam ni. Bawa versi sendiri, saya suka. Kamu juga masih boleh perform dengan nada yang sangat tinggi, ‘still maintain’,” - Datuk Ramli MS


Firman Siagian - Biar Jadi Kenangan duet bersama Misha Omar


“Kamu penyanyi yang baik. Sebutan kamu begitu jelas. Tapi kamu harus ada kreativiti, sebab ini pertandingan, kamu harus buat lebih daripada orang lain,” - Pak Ngah


Tia Jinbara- Arjuna duet bersama Aweera


“Orang dah nyanyi 400 tahun berbeza dengan orang menyanyi 40 tahun. Kental dan ‘steady’. ‘Energy level’ hebat,” - Datuk Ramli MS


Lan Kristal - Naluri Cinta duet bersama Siti Nordiana


“Peserta paling banyak ‘improve’ kamu Lan. Bertandingkan, ‘thank you very much’ - Datuk Ramli MS


Elyana - Aku Yang Tersakiti duet bersama Aepul Drama Band


“Tak masalah dengan kualiti suara cuma hubungan antara penyanyi tak ada rasa emosi. Saya rasa kedua-duanya harus berperasaan. Dalam pertandingan ini harus ada kreativiti menarik untuk kamu lebih pada orang lain,” - Pak Ngah


Syura - Selasihku Sayang duet bersama Bob


“Kami agak bagus bila tukar ‘key’ secara mengejut tanpa ada ‘que’ apa-apa ibarat melodi baru, tapi kamu tetap dapat ‘note’ itu,” - Datuk Ramli MS


Aqasha - Cinta Ini Membunuhku duet bersama Tomok


“Kamu lebih kepada pelakon dan kamu dapat sekali ekspresi untuk lagu ini. Cuma ini duet, jangan solo-solo. Harus ada harmoninya. Tapi untuk malam ini, bunda suka,”- Hetty Koes Endang


Haida - Memori Daun Pisang duet bersama Ezad Lazim


“Goyang sudah okay, tapi keserasian antara kamu berdua tidak terasa, ‘feel’nya kurang. Kalau untuk ‘show’ sudah okay. Tapi ini kompetisi, suara pun dinilai,” - Hetty Koes Endang


GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).


Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.


Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.


Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Mya Amri