Penyanyi Asfan Shah melahirkan rasa syukur apabila isterinya, Ain Sakinah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada jam 2.22 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Asfan menerusi akaun Instagram peribadinya, @asfanshah hari ini.

Dalam perkongsian itu, Asfan, 32, juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi mereka.

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT. Isteri saya selamat dan baby berjaya keluar dengan normal pada 17.11.17, Jam 2.22 pagi.

“Terima kasih atas doa anda semua. Yes! Kali ini memag ‘nervous’ berbanding abang-abang dia masa berada dalam dewan bersalin bersama doktor. Tak dapat nak gambarkan. Fuhhh. Hehe. I love u mommy @dnahrazali,” tulisnya.

Alhamdulillah. Terima Kaseh Allah SWT. Isteri saya selamat dan baby berjaya keluar dengan normal pada 17.11.17, Jam 2.22 pagi. Tq atas doa anda semua. Yes! Kalini mmg nervous berbanding abg2 dia masa berada dalam labor room bersama doctor. Tak dpt nak gambarkan. Fuhhh. Hehe. I love u mommy @dnahrazali . #BabySumpahCintaku #AsfanShah #DaddyWith3Sons #HaythamJadiAbangLagi #WakeelJadiAbang

A post shared by Asfan Shah (@asfanshah) on

Sementara itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah anak ketiga pasangan berkenaan.

Asfan dan Ain telah mendirikan rumah tangga pada 23 Ogos 2012 dan dikurniakan dua anak lelaki, Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.

Foto: Instagram @asfanshah