Konsert ketiga GegarVaganza 4 (GV4) menyaksikan hanya 10 bintang yang berjaya ke minggu keempat.

Dengan tema ‘Berani Ke Tidak’, konsert ketiga ini menyaksikan Liza Hanim menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 83.40%

Nasib tidak menyebelahi Raja Azura apabila diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dengn jumlah markah sebanyak 61.2 %

10 bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterusnya adalah Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Yusof Haslam.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert ketiga GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh 11 bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Liza Hanim - 83.40%

2. Firman Siagian - 77.60%

3. Lan Kristal - 77.60%

4. Hazami - 75.60%

5. Tia Jinbara - 75.60%

6. Aishah - 75.40%

7. Syura - 73.8%

8. Haida - 71.8%

9. Aqasha - 63.4%

10. Elyana - 61.4%

11. Raja Azura - 61.2%


Sementara itu, Liza Hanim yang mempersembahkan lagu berjudul Lagu Untukmu nyanyian asal kumpulan Meet Uncle Hussein dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Teks oleh: Mya Amri