Selepas tiga bulan dilancarkan, muzik video lagu Sandiwara nyanyian Xpose Band sudah ditonton lebih 3 juta kali di Youtube.

Sandiwara merupakan single sulung Xpose Band yang dianggotai oleh Furhan (vokalis), Eppy (bass), Fakhrul (gitar), Zaim (keyboard) dan Taqim (drum).

Jelas anggota kumpulan itu, lagu Sandiwara menceritakan seorang lelaki yang telah melakukan kesilapan dalam hidup hingga memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

"Sandiwara ini merayu untuk putarkan masa kepada masa lalu kerana ingin mengubah kehidupan," kata Xpose Band.

Lagu Sandiwara terlebih dahulu dicipta oleh Din Lela namun mendapat nafas baharu daripada komposer Zimie Sofaz.

Sandiwara kini dikeluarkan dalam versi karaoke dan muzik video lagu itu boleh didapati di pusat karaoke Red Box seluruh negara.

Lagu itu juga boleh didengar menerusi laman web www.suriarecords.com.my selain penstriman digital seperti iTunes, Spotify, Joox, Raku, Yonder, Deezer dan Akazoo.