Skeptikal bagi sesetengah pelancong beragama Islam jika berkunjung ke Hong Kong pasti keliru untuk memikirkan hidangan yang halal dan tempat beribadah.
Namun, Hong Kong sebenarnya sebuah negara yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelancong yang beragama Islam.
Selain tempat makan yang sering menjadi kerisauan pelancong muslim, Hong Kong juga menyediakan pelbagai seleksi restoran yang mempunyai sijil halal.
Begitu juga tempat beribadah, kebanyakan lokasi termasuk taman tema di Hong Kong juga memiliki lokasi senang akses seperti surau dan masjid.
Tidak mustahillah Hong Kong tersenarai antara lima negara terbaik yang mesra muslim.
Lebih mudah kerana anda kini boleh merujuk kepada buku panduan muslim, Warna-Warni Destinasi Hong Kong yang dilancarkan sempena Hong Kong Live In Kuala Lumpur baru-baru ini.
Warna-Warni Destinasi Hong Kong yang boleh dimuatturun di telefon pintar itu menyediakan maklumat terkini tentang perayaan, festival, tarikan utama pelancong, restoran dan semua kemudahan untuk pelancong beragama Islam.
Kami senaraikan beberapa tarikan yang menyediakan hidangan halal terbaik di Hong Kong.
1. Islamic Centre Canteen
Anda wajib mencuba dim sum sekiranya berkunjung ke Hong Kong. Islamic Centre Canteen di Wan Chai menyediakan pelbagai menu dim sum untuk sarapan pagi selain hidangan Kantonis lain.
Antara menu dim sum menarik di sini seperti Siu Mai, Har Gow, Xiao Long Pao dan Pulut Kukus dengan ayam dalam daun teratai.
Lokasi: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai.
Stesen MRT Terdekat: MTR Wan Chai Station, Exit A3.
Waktu Operasi: Setiap hari, 09.00 pagi – 9.00 malam
2. Ocean Park
Ocean Park yang menggabungkan hiburan, pendidikan dan pemuliharaan alam semula jadi, adalah destinasi yang sangat sesuai untuk percutian keluarga.
Lawati Adventures in Australia untuk melihat koala yang comel berehat di dahan pokok dan walabi berleher merah melompat ke sana sini.
Mulakan pengembaraan dalam air dan saksikan lebih seratus ekor ikan jerung dan ikan pari di Shark Mystique.
Kemudian, pergilah ke Polar Adventure dan temui penguin, walrus Pasifik, anjing laut bertompok, musang artik, burung hantu salji dan banyak lagi haiwan-haiwan yang luar biasa.
Old Hong Kong menghidupkan semula budaya unik Hong Kong pada tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an. Anda dan keluarga boleh menikmati suasana masa lalu dengan menaiki Heritage Tram! Bersedialah untuk terpesona dengan penciptaan semula pelbagai jalan dan adegan masa lalu yang begitu tepat sekali.
Nikmati perjalanan penuh nostalgia dan bawa pulang cenderamata antik untuk mengekalkan memori yang indah ini!
Makan
Ocean Park menyajikan pilihan menu halal (disahkan Halal)
Panda Café Food To Go (zon Amazing Asian Animals)
Dive Into A Float (zon Marine World)
Bagi pengunjung beragama Islam, Panda Cafe Food To Go dan Dive Into A Float merupakan dua gerai yang menyediakan hidangan halal.
Menu ditawarkan seperti Nasi Ayam Hainan, Ban Bebola Daging Lembu dan Ayam Tandoori.
Waktu Operasi: Setiap hari pukul 10.00 pagi, dan tutup di waktu yang tutup pada waktu yang berbeza. Antara pukul 6.00 petang atau 7.30 malam.
Cara untuk ke sana
Naik South Island Line dan tukar di Admiralty Platform 5 atau 6 menuju ke South Horizons
3. Ma's Restaurant
Restoran Ma terkenal dengan hidangan kari ayam, daging dan kambing.
Antara menu wajib cuba ialah Pastri Goulash Daging Lembu dan Ayam Sichuan.
Restoran ini telah beroperasi selama 40 tahun dan menyediakan menu masakan Cina dengan citarasa Hong Kong!
Lokasi: Shop A, 21-25 Cheung Sha Wan Road, Hong Kong.
Stesen MRT Terdekat: MTR Prince Edward Station, Exit E.
Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi - 11.00 malam
4. Masjid Kowloon
Di bandar utama Hong Kong sahaja terdapat lebih lima buah masjid dibina sejak tahun 1849 lagi.
Paling popular adalah Masjid Kowloon yang terletak di Tsim Sha Tsui yang tidak pernah lengang.
Masjid ini menempatkan dua madrasah untuk lelaki dan wanita.
Lokasi: 105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon.
Stesen MTR Terdekat: Tsim Sha Tsui Station, Exit A
5. Disneyland
Terdapat dua buah restoran halal di Disneyland Hong Kong iaitu Tahitian Terrace di Adventure Land dan Explorer's Club di zon Mystic Point.
Terletak hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan boleh dituju dengan mudah menggunakan MTR, anda dan keluarga akan menikmati pelbagai aktiviti dan permainan bersama karakter-karakter Disney kegemaran anak-anak anda.
Cubalah Iron Man Experience yang baru iaitu sebuah permainan bertemakan Marvel yang pertama di Disney Parks.
Bagi peminat Star Wars, pastikan anda melawat Star WarsTM Tomorrowland Takeover untuk menyertai sesi latihan Jedi, atau menaiki roller coaster Hyperspace Mountain yang sangat laju.
Satu lagi aktiviti yang perlu dilakukan adalah menyaksikan perarakan Flights of Fantasy pada waktu tengahari, serta perarakan Disney Paint the Night pada waktu malam di mana karakter-karakter Disney hidup menerusi paparan elektrik lampu-lampu LED.
Kemeriahan diteruskan dengan pertunjukan bunga api Disney in The Stars yang menggabungkan kesan pencahayaan dan paparan video berteknologi tinggi yang diiringi dengan muzik dari filem-filem Disney.
Cara untuk ke sana
Hong Kong Disneyland Resort terletak hanya 30 minit melalui keretapi dari stesen-stesen MTR berikut:
• Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (tukar di Stesen Tsing Yi ke Stesen Sunny Bay)
• Stesen Kowloon & Hong Kong (ambil laluan Tung Chung dan tukar di Stesen Tsing Yi ke Stesen Sunny Bay)
6. Roti Nanas, Kek Isteri & Tart Telur
Roti Nanas dipanggil Bo Lor Bao dan biasanya dinikmati ketika sarapan atau minum petang.
Roti Nanas tidak mengandungi nanas cuma permukaannya rangup dan keemasan seperti nanas menyebabkan ia dipanggil sedemikian.
Cubalah di sini: Kum Wah Cafe (47 Bute Street, Prince Edward, Hong Kong)
Kek Isteri merupakan pastri legenda yang dicipta oleh seorang suami yang mengumpul wang untuk menebus isterinya yang telah menjual diri kepada tuan tanah demi membiayai kos perubatan bapa mertua.
Kek ini mempunyai tekstur lembut dan rangup dengan inti pes labu air yang manis.
Cubalah di sini: Hang Heung (Kaunter di gedung Sogo, Henessy Road, Causeway Bay, Hong Kong Island)
Tart Telur merupakan pastri kecil berbentuk mangkuk diisi dengan kastard telur.
Paling enak dimakan ketika panas kerana kulit pastrinya yang disalut mentega sangat rangup dan harum.
Cubalah di sini: Cheung Heung Yuen Restaurant (107 Belcher's Street, Kennedy Town, Daerah Barat, Hong Kong)
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Warna-Warni Destinasi Hong Kong Guidebook
Amri Hassan
Thu Nov 09 2017
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.
Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Tok Jalal minat Lisa Blackpink | Projek Bapak Bapak S3
Tok Jalal minat Lisa Blackpink wow.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.