Populariti kumpulan K-Pop Wanna One ternyata hebat apabila tiket jualan atas talian untuk acara ‘Wanna One 1st Fan Meeting in Malaysia : Wanna Be Loved’ dijual dalam masa tiga minit selepas dilancarkan.

Tiket yang mula dijual pada Ahad lalu itu menjadi rebutan peminat yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan konsert yang bakal berlangsung pada 17 Januari tahun depan.

Kehadiran Wanna One yang dianggotai oleh Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae hwan, Ong Seong Wu, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Hyun, Bae Jin Young and Ha Sung Woon ini sememangnya amat dinantikan oleh Wannable (peminat).

Wanna One yang baru sahaja diperkenalkan dua bulan lalu ini dan mula dikenali selepas bergerak secara rasmi pada 7 Ogos 2017.

Bakat mereka 11 orang anak muda berbakat ini dicungkil ketika menyertai program uji bakat suvival Produce 101 musim kedua pada April hingga Jun lalu.

Acara anjuran IME Malaysia itu bakal berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur.