Pelakon Hollywood terkenal, Brad Pitt yakin bahawa bekas isterinya, Angelina Jolie sukar untuk menemui cinta baharu dengan lelaki lain.

Menurut laporan Hollywood Life, Brad Pitt menjelaskan bahawa dia telah memberikan yang terbaik kepada isterinya namun perkahwinan mereka tetap gagal.

"Meskipun telah memberikan segalanya kepada isteri dan keluarga namun perkara itu masih tidak cukup untuk dia.

"Saya boleh katakan bahawa Angelina Jolie akan gagal dalam perkahwinan seterusnya. Mungkin disebabkan itu dia tidak mahu mencari cinta baharu pada masa sekarang dan banyak menghabiskan masa bersama anak-anak," katanya.

Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.

Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.

Sumber: Hollywood Life