Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia edisi ke-91 malam ini bakal menyaksikan juara bertahan Kedah menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Dua pelakon utama Tombiruo: Penunggu Rimba, Faizal Hussein dan Farid Kamil turut bersemangat memberi sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Farid Kamil, anak jati negeri Kedah meramalkan skuad Kenari bakal mengatasi Harimau Selatan dalam perlawanan akhir malam ini.

Sementara Faizal Hussein pula, walaupun merupakan anak kelahiran negeri Selangor, semangat kesukanan tidak membataskan dirinya untuk memberi sokongan kepada JDT.

Untuk rekod, Kedah dan JDT pernah bertemu dua kali musim ini dengan menyaksikan Kedah menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi Piala Sumbangsih, Januari lalu.

Adakah pasukan pilihan Amiruddin (Farid Kamil) mampu mempertahankan gelaran juara bertahan atau pasukan kegemaran Pondolou (Faizal Hussein) bakal meleburkan impian tersebut malam ini, sama-sama kita nantikan!

Sementara itu penyanyi Aina Abdul bakal menyanyikan lagu runut bunyi daripada filem Tombiruo: Penunggu Rimba berjudul Ribut Hati pada persembahan pra pembukaan di Stadium Shah Alam bermula pukul 6.30 petang ini.



Perkembangan terbaru, Tombiruo: Penunggu Rimba sudahpun mencatat kutipan sebanyak RM7 juta selepas 18 hari tayangan dan bakal dipasarkan ke peringkat antarabangsa.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba membariskan bintang popular tanah air seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Datuk M. Nasir, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Faye Kusyairi.

Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim yang digelar Tombiruo yang disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Filem terbitan Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan itu ditayangkan di 117 pawagam di seluruh dunia.

Ia diadaptasi dari novel yang ditulis Ramlee Awang Murshid.

Kepada sesiapa yang belum memonoton Filem Tombiruo: Penunggu Rimba, jangan lupa menyaksikan filem itu di pawagam terdekat, sekarang!