Novel cinta sering dikaitkan dengan cerita penuh kebahagiaan selain disulami babak-babak derita dan kedukaan.
Malah, kebanyakan pembaca novel cinta akan merasakan jalan penceritaan novel itu mirip kehidupan seharian hingga kadang kala terbuai dengan perasaan indah tersebut.
Namun, berbeza dengan kejadian ini, seorang pembantu kedai makan bertindak membunuh seorang lelaki yang merupakan suami kepada kekasih gelapnya di Felda Keratong 2, Muadzam Shah, Rompin, Pahang, Selasa lalu.
Suspek yang berusia 29 tahun dikatakan menembak mangsa menggunakan senapang patah buatan sendiri di sebuah premis mencuci kenderaan kira-kira pukul 12 tengah malam itu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati suspek menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, suspek dikatakan berang apabila mengetahui mangsa berhasrat untuk membawa isterinya yang merupakan kekasih gelap suspek pulang ke Acheh, Indonesia walaupun pasangan suami isteri itu dalam proses perceraian.
“Suspek mengakui tindakannya membunuh suami kekasih gelapnya itu didorong oleh isi kandungan novel cinta tersebut yang mempunyai persamaan jalan cerita dengan apa yang lelaki itu hadapi.
“Malah, suspek ada memberitahu kekasih gelapnya bahawa dia akan bertindak apa sahaja untuk mendapatkan wanita itu,” katanya pada sidang media di Rompin, Pahang semalam.
Tambah Azli, sebaik sahaja mengetahui diburu, suspek cuba melarikan diri ke kampung halamannya di Bedong, Kedah tetapi berjaya ditahan sepasukan polis di Hentian Rehat dan Rawat Tanjung Malim, kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.
Katanya, susulan penahanan suspek, pihaknya turut merampas novel cinta tersebut.
“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Sumber & Foto: Astro Awani
Kamaruddin Razal
Tue Oct 31 2017
Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”
Uyaina tak pernah ada rasa mengidam.
Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah Macwilson membuat perkongsian majlis gender reveal di Instagram bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya. Menerusi klip video pendek yang dibuat, dapat dilihat Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan ahli keluarga berkumpul meraikan majlis ber
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Siasat dulu sebelum derma guys.
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’
Seorang pengguna di laman Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir pihak yang bertindak membuang haiwan seperti kucing atau anjing di pasar dengan harapan mereka boleh hidup sendiri.
Sheriff: Power! Tayangan Awal Pun Dah Raih Lebih RM1 Juta
Cayalah Sheriff!
Amelia Henderson Jawab Tuduhan Pakai Rantai Dengan Loket Salib!
Teruk dikritik kerana loket rantai yang dipakai dikatakan menyerupai lambang salib, pelakon dan pengacara Amelia Henderson meluahkan rasa kurang senang tentang kritikan warganet terhadap dirinya. Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, dalam satu hantaran di aplikasi X menyatakan aksesori yang dipakai itu sepatutnya tidak menjadi isu perdebata
Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Atikah akui masih kekok dengan gelaran 'Datin'.
Wanita Tipu Majikan RM13 Juta Melalui E-mel Palsu, Tertekan Sampai Lumpuh
Seorang pekerja wanita berjaya memperdaya majikannya hanya dengan menggunakan beberapa siri e-mel palsu berkaitan dengan nilai wang mencecah sehingga RM13 juta.