Pelakon Juliana Evans akui menjadikan drama Korea sebagai rujukan untuk drama mini bersiri online Mata Cinta.

Juliana berkata selepas menonton beberapa buah drama, barulah dia memahami mengapa drama Korea begitu popular di seluruh negara.

“Secara jujurnya saya memang agak kurang menonton drama Korea tetapi saya lebih berminat dengan filem-filem mereka.

“Pada pendapat saya, filem-filem Korea yang dihasilkan kebanyakannya hebat-hebat belaka.

“Saya juga tahu memang ramai orang yang gilakan drama Korea sehingga menjadi fenomena di seluruh negara.

“Saya akui sebelum memulakan penggambaran Mata Cinta memang ada cuba menonton satu dua drama dari negara berkenaan untuk dijadikan rujukan.

“Sebab tak boleh nak elak rasa ingin tahu apa yang membuatkan begitu ramai orang suka dengan drama Korea termasuklah ahli keluarga saya.

“Bila dah tonton barulah saya dapat serba sedikit jawapanya. Ibu saya pun kata drama Korea ini kebanyakannya lebih ringan dan ‘simple’,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan lain, Jue bakal muncul sebagai hos untuk program Mahligai Cinta yang bakal bersiaran pada tahun depan.

Juliana akan mula memasuki set penggambaran Mahligai Cinta bermula November depan.

Selain Jue, Mata Cinta juga turut dibintangi oleh Julien Buteau, Syamim Farid, Aush Abdul, Sasha Saiden dan Dynas Mokhtar.

Saksikan Mata Cinta yang disiarkan secara ekslusif menerusi platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak.



Sinopsis:

Mengisahkan tentang Matahari (Julian Evans) yang pulang bercuti dari England untuk menghabiskan cuti semesternya dengan menolong kakaknya, Cahaya (Sasha Saidin) menguruskan perniagaan salun rambut.

Detik perkenalan bersama jurujual kacak bernama Anaqi (Julien Buteau) bermula selepas mereka bertemu sewaktu Matahari membeli barang di Watsons.

Bagaimanapun, hubungan mereka diganggu oleh Ejay (Syamim Farid) yang turut jatuh hati dengan Anaqi.

Maka bermulalah pelbagai kisah lucu dan jalan cerita yang menarik berlaku antara Matahari, Anaqi dan Ejay.

Teks oleh: Mya Amri