Hafidz dan isteri nampak berseri dengan busana pengantin berona krim dan keemasan dalam sebuah majlis persandingan yang diadakan di Astana Impian.
Difahamkan, majlis resepsi yang meriah dan manis itu diadakan untuk meraikan rakan-rakan dan peminat yang tidak sempat hadir resepsi perkahwinannya di Perlis sebelum ini.
Menerusi foto-foto yang dikongsi Hafidz di akaun media sosialnya, jelas kelihatan kemeriahan majlis tersebut.
Jom kita tengok foto-foto Hafidz pada hari persandingannya!
Teks oleh: Syafiqah Jalal