Adik kepada pelakon dan anggota Running Man, Song Ji Hyo iaitu Cheon Seong Moon dilaporkan bekal muncul dalam drama web berjudul 29gram.

Menurut sumber agensinya MYCOMPANY, Cheon Seong Moon telah menandatangani kontrak dengan agensi berkenaan sejak awal tahun ini.

"Cheon Seong Moon sudah mengikat kontrak bersama kami awal tahun ini. Dia juga akan muncul dalam drama web, 29gram.

“Jadi kami mohon agar anda berikan sokongan sepenuhnya kepada Cheon Seong Moon sebagai bintang dalam drama tersebut,” katanya.

Cheon Seong Moon juga bakal bergandingan dengan Song Ji Hyo yang memegang watak utama dalam drama tersebut.

Dalam pada itu, peminat sudah mula menyatakan rasa teruja dan tidak sabar untuk menonton lakonan adik Song Ji Hyo itu.

“Tak sabarnya nak tunggu drama bermula, saya sangat sukakan Song Ji Hyo dan lakonannya juga hebat,” - Mary

“Cepatlah ‘start’, memang tak sabar rasanya nak tengok gaya lakonan dan gelagat mereka berdua,” – Iliana.


29gram bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini menerusi laman YouTube dan juga facebook ‘DIA STYLE’.

Sumber: Soompi