Nama penyanyi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem tiba-tiba menjadi sebutan pengguna laman sosial baru-baru ini.

Semuanya bermula selepas Ainan memuat naik hashtag #harap18hbniliverpoolmakanmanu bersama sekeping gambar ke akaun Instagram, beberapa hari lepas.

Difahamkan, Ainan yang kini berada di United Kingdom, tidak ketinggalan berkunjung ke Stamford Bridge untuk menyaksikan perlawanan antara Chelsea dan Leicester City.

Ainan yang merupakan penyokong Chelsea, tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila The Blues berjaya menewaskan lawan dengan tiga gol berbalas kosong.

Namun apa yang lebih menghangatkan keadaan apabila hashtag yang digunakan adalah berkenaan perlawanan antara dua pasukan musuh tradisi, Liverpool dan Manchester United (MU).

Netizen berpendapat, Ainan mempunyai agenda tersendiri apabila menyatakan sokongan buat Liverpool, sekaligus lebih rela menyaksikan pasukan itu jauh meninggalkan Chelsea dari segi pungutan mata.

Kata netizen, ia adalah berpunca dari sentimen enggan melihat MU mendekatkan jumlah mata dengan Chelsea.

Hashtag itu secara tidak langsung mencetuskan 'perang' di laman sosial, terutama sekali membabitkan penyokong tiga pasukan itu.

Ada juga yang mengungkit bagaimana Ainan sanggup menyokong Liverpool sedangkan pasukan itu pernah menewaskan Chelsea di gelanggang sendiri.

Berdasarkan kedudukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Chelsea berkongsi 16 mata, dan berada di kedudukan keempat dan kelima. MU pula kini berada di tangga ketujuh dengan 13 mata.

Terbaru, Ainan dilihat telah memadamkan hashtag tersebut dan memuatnaik sekeping foto di Stadium Old Trafford, lokasi keramat bagi penyokong MU.

Yeay Ainan dah sampai Old Trafford wuhuuu! Alaa abang2 Man U jangan la marah2 pasal post haritu ehh. Biasalah adat bahan membahan dalam bola ni abang2 ? Maaf ehh. ?????? Nah ni Ainan belanja stadium Old Trafford untuk abang2 Man U tersayang. Jangan marah2 eh bang. Hihi. Kita kan rival bersaudara. Btw to those yg pertikaikan sejak bila Ainan sokong Chelsea, sokong sejak zaman Gianfranco Zola ada lagi. Time Ainan form 1, dan time tu rasanya tak ramai sangat pon fans Chelsea lagi (maksud Ainan kawan yg sekelas dgn Ainan laa takde yg fans Chelsea, korang yg sokong Chelsea dari dulu tu kita genggg! haa kang salah cakap kena kecam lagi). Ainan sokong pon sebab Zola tu sama macam nama abg Ainan since Ainan rapat dgn abg Ainan haha. Since dari hari tu smua barang sekolah buh pelekat Chelsea hehe. Tapi abg Ainan sokong Chelsea kejap je sebab dia lalang (Sorry bangah) haha n now dia true fans Liverpool. Haa cmtu la alkisahnya. Papepon abg2 Man U Ainan mintak maaf lagi sekali ya. Jangan la sentap sangat please ? #oldtrafford #oldtraffordstadium #manchesterunited #khasuntukabang2manu #janganmarah2dahehh #ktbffh

A photo posted by ? السلام عليكم? (@ainantasneem92) on



Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Astro Awani