Selepas empat bulan dikuarantin, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meluangkan masa ke studio untuk membuat rakaman lagu kanak-kanak siri animasi popular, Didi & Friends.

Berita yang bakal menggembirakan kanak-kanak di seluruh Malaysia tersebut, telah dikongsi pengurus Siti, Rozi Abdul Razak di laman sosial Instagram (IG)nya pada pagi tadi (Ahad).

Menariknya, Rozi turut memberitahu ketika di dalam studio Siti menyanyikan lagu-lagu animasi popular Didi & Friends sambil duduk. Comel kan?

Rozi turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan produksi Digital Durian (DD) Animation, yang sanggup menunggu dan memberi masa kepada Siti dalam tempoh berehat.

14 Oktober-Selepas 4 bulan 'dikuarantin', @ctdk meluangkan waktu ke studio untuk rakaman lagu kanak-kanak. Lagu yang mudah dan beliau menyanyi sambil duduk. Alhamdulillah, seluruh team #didiandfriends ini sanggup menunggu dan memberi waktu kepada @ctdk dalam tempoh berehat dan akhirnya dilunaskan tugasan ini semalam. Terima kasih di atas pengertian ini. Saya selalu percaya, dalam apa jua perkara yang kita lakukan, sama ada bekerja dengan pihak yang sudah biasa atau dengan pihak yang baru, pengertian, pemahaman, bertolak ansur dan menjaga hubungan pekerjaan itu penting untuk kebaikan bersama. Tugas menjaga 'ibu hamil' agak melucukan tapi saya sudah dibiasakan sejak 4 bulan lalu. Nanti saya ceritakan di dalam fotobiografi @ctdk, inshaAllah akhir 2018 nanti. ??❤️

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah DD Animation, Sinan Che Ismail turut memuat naik entri di IG tentang kerjasama di antara pihaknya dan ‘buah hati’ rakyat Malaysia tersebut.

Sinan turut memberitahu projek mega ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Mac 2018.

Super Duper Achievement Unlocked! Dato Siti Nurhaliza @ctdk collaborating with Didi & Friends ❤️ This is like a dream come true. Never imagined this would happen when we first started Didi & Friends on YouTube 3 years ago. To work with Malaysia's number 1 singer. To actually work with the legend - Siti Nurhaliza. Alhamdulillah ??? Hari ni we did her recording and shooting for our upcoming mega project "Konsert Hora Horey Didi & Friends" - which is scheduled to be released in all major cinemas March next year InshaAllah ??? #sitinurhalizaXdidiandfriends #konserthorahorey #didiandfriends

A post shared by Sinan Ismail (@sinanismail_dd) on


Siri animasi Didi & Friends yang mencecah tontonan 1.8 juta sehari itu, bersiaran setiap Isnin hingga Ahad di Astro Ceria (611), pada jam 8 pagi dan 3 petang.

Didi & Friends merupakan animasi yang menghiburkan dan penuh dengan moral dan mesej berguna untuk kanak-kanak.

Selain muziknya yang rancak, bahasa yang digunakan juga ringkas dan mudah difahami serta diikuti oleh kanak-kanak.

Apa-apa pun, jom dengar Siti menyanyi lagu Nana Oh Nana ni. Lemak merdu! Kalau dah suara tu sedap, menyanyi lagu simple-simple pun kedengaran hebat!

InshaAllah Mac 2018. @ctdk #didiandfriends

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on


Sumber Foto/Video: Rozi Abdul Razak & Sinan