Hidup lebih terurus, boleh pula bawa balik hamper eksklusif yang wow.

Apa perasaan menjadi ibu bapa yang perlu menjaga dan menguruskan anak-anak masih kecil? Penat tetapi menggembirakan.

Siapa yang tidak letih melihat rumah yang dikemas berjam-jam kembali bersepah dalam masa kurang lima minit? Tiada erti privasi apatah lagi mahu bersendirian sambil membaca buku dan menghirup kopi panas.

Adakalanya ketika sakit pun masih sanggup menggagahkan diri untuk menguruskan keperluan anak-anak.

via GIPHY

Anak-anak kecil ini ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Mereka terlalu suci dan naif untuk menilai baik buruk sesuatu tindakan. Jadi ibu bapa perlu bijak mengurus dan mendidik mereka mengikut acuan.

Kami kongsikan 5 tip yang boleh anda gunakan dalam menguruskan anak-anak kecil agar kehidupan anda lebih teratur, tidak 'stress' dan pada masa sama hubungan antara ibu bapa dan anak-anak semakin erat.

Tetapkan & Ikut Masa Yang Diberikan

via GIPHY

Tentukan masa tidur, makan dan mandi anak-anak. Di peringkat awal mungkin agak sukar namun lama-kelamaan anak-anak akan terbiasa dengan jadual itu dan perlahan-lahan akan menerimanya. Anak yang cukup waktu tidur, akan bangun dengan ceria. Jika keperluan mereka dipenuhi, mereka akan bermain dengan gembira dan kurang 'tantrum'.

Peraturan

via GIPHY

Penting untuk mengajar anak-anak tentang peraturan walaupun masih diperingkat awal dan akan berdepan dengan perangai merajuk mereka. Sebagai contoh, ajar mereka di mana untuk meletakkan baju kotor selepas mandi, buang sampah di dalam tong sampah, masukkan pinggan ke dalam sinki, gantung beg di tempat yang dikhaskan, susun mainan selepas digunakan dan sekali-sekala katakan 'tidak' jika permintaan mereka keterlaluan seperti ingin makan kek atau makanan ringan sebelum tidur.

Zon Bebas

via GIPHY

Anak-anak bebas untuk melakukan apa jua yang dikehendaki kerana inilah zon mereka. Selalunya ibu bapa akan meyediakan sebuah bilik khas untuk anak-anak bermain. Mainan tidak boleh dibawa keluar dan ajar mereka untuk mengemas kembali permainan.

Apa Yang Penting? Kerjasama

via GIPHY

Usah terlalu stress bila lihat baju yang belum berlipat, mainan anak bersepah-sepah, lantai rumah melekit dengan susu tumpah atau bilik mandi penuh dengan mainan.

Jika terlalu penat, berehatlah seketika. Kemudian ajak anak-anak anda mengemas bersama-sama dengan menggunakan pendekatan bermain. Berikan pujian dan galakan kepada mereka.

Kunci Utama, SIHAT!

via GIPHY

Anak-anak lebih mudah diurus jika mereka sihat. Anak yang demam lebih kuat merengek, enggan makan dan tidak mahu berenggang dengan ibu bapa. Ayuh tingkatkan imunisasi dan penghadaman anak-anak berusia antara tujuh bulan ke atas dengan Caliph.

Setiap kali anak demam, bakteria baik dan jahat sedang berperang di dalam badan mereka. Selain bantu mengurangkan demam, anda boleh tingkatkan kekebalan tubuh anak-anak seawal usia tujuh bulan dengan memberikan mereka Caliph for Baby (Stage 1) yang mengandungi prebiotik FOS yang dihasilkan daripada 4 bahan berkhasiat seperti aprikot, buah tin, buah delima dan kismis yang kaya dengan serat, zat besi, vitamin dan kalsium.

Jus Caliph Kids Expert (Stage 2) pula mengandungi tujuh bahan iaitu kurma, kismis, madu, delima, buah tin, aprikot dan omega 3 dan 6 yang menyokong perkembangan serta fungsi otak serta membekalkan nutrien penting untuk minda kanak-kanak.

Caliph Cereal - Nutrition for Eyes pula menjadi suplemen mata yang berfungsi menyihatkan mata dan membantu tumbesaran anak dengan baik. Caliph cereal juga bertindak sebagai pendinding bagi mengelakkan mata anda mahupun mata anak anda rabun atau rosak di usia yang muda akibat terdedah kepada gajet.

Anda juga boleh memberikan anak-anak Caliph Pastil Multivitamin yang diformulasi khas daripada ekstrak buah-buahan dan kismis yang tinggi dengan kandungan multivitamin untuk kesihatan luaran dan dalaman kanak-kanak.

Tidak cukup dengan itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik daripada Caliph. Caranya mudah sahaja, klik sini dan kira berapakah bilangan 'mug Caliph' yang muncul di dalam video uji bakat Ceria i-Kids.



Peserta yang dapat menjawab dengan betul berserta slogan terbaik berpeluang membawa pulang hamper eksklusif Caliph. Layari laman web Caliph untuk maklumat lanjut!