Awal bulan lalu, Forbes menyenaraikan nama pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling mahal pada tahun 2017.

Mendapat gaji bernilai AS$93 juta, hampir separuh gaji yang diperoleh Ronaldo merupakan hasil penajaan.

Salah satu medium tajaan adalah daripada laman sosial Instagram. Ronaldo meraih hampir AS$400,000 untuk sebuah entri berbayar di laman Instagram (IG) miliknya, @cristiano.

Jika ditukarkan nilai tersebut dalam matawang Malaysia, satu IG ‘review’ yang dimuat naik Ronaldo bernilai RM1.68 juta!

Setakat ini, 112 juta pengguna mengikuti laman IG pemain bola sepak Portugal dan Real Madrid itu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: Hypebeast.com
Foto: Sumber Google