Masih ingatkah anda dengan karakter Zakaria Anjang yang dibawa oleh pelawak Shuk SYJ menerusi program GegarVaganza (GV) live+ tahun lalu?

Menerusi program online tersebut Shuk selaku pengacara program sudah tentu merindui saat-saat manis bersama kesemua bekas bintang GV3 terdahulu.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai GV pada tahun ini, Shuk akui tidak sabar untuk mengetahui senarai bintang-bintang GV4.

Kata Shuk kalau diberi pilihan dia mempunyai senarai ‘wishlist’ tersendiri.

“Untuk GV4, kalau ditanya mengenai pilihan, saya sebenarnya teringin nak tengok Zamani Slam dan Saleem.

“Senang cerita geng-gang rock kapak dulu-dulu. Saya dapat bayangkan mesti ‘power’ punyalah persembahan mereka.

“Kalau wanita pula saya mahukan Ramlah Ram sebab saya amat meminatinya. Bagi saya lagu-lagu kak Ramlah ni semuanya sedap dan boleh dinyanyikan bersama-sama (sing a long).

“Selain itu saya juga mahukan Elyana kerana dia mempunyai karakter yang tersendiri.

“Teringin nak tengok kembali persembahan nostalgia dia, menyanyi sambil tak pakai kasut atas pentas.

“Andai kata tahun ini GV dibuka untuk negara luar, saya pilih Jatt Black Dog Bone dan juga Ahmad Dhani,” katanya.

Syuk ditemui sebaik sahaja tamat program Super Spontan Superstar 2017 bertempat di Dewan Percubaan UPM, pada Jumaat.


Gegarvaganza 4 bakal bermula tidak lama lagi, jadi jangan lupa untuk follow Instagram rasmi @gegarvaganzaofficial.

Foto: Instagram @Shuksyj

Teks oleh: Mya Amri