Hari ini Miss K terpaksa bancuh air halia sebab nak hilangkan rasa mengah perut gara-gara terlalu banyak makan Pop-Corn sambil mengikuti drama Azmi Hatta dan kekasihnya, Faye Kusairi.

Siang tadi beberapa teman wartawan terkejut apabila mendapat undangan mengejut oleh pengarah tersebut ke sidang media akuan bersumpahnya.

Susah-payah teman-teman Miss K bergegas ke Taman Tasik Titiwangsa, berpanas dan sesetengahnya berdiri ketika sidang media kerana tidak ada tempat duduk yang ‘proper’.

Bab makan dan minum usah mimpilah! Mungkin penganjur mengharapkan teman-teman Miss K menghirup air tasik untuk membasahkan tekak? (mungkin ya..mungkin!) Tapi usah risau, teman-teman Miss K bukan jenis hadap makan pun ketika bertugas.

Tetapi teman-teman Miss K sikitpun tidak merungut kerana bagi mereka berpanas, berhujan atau berembun tugas tetap tugas dan perlu dibereskan!

Lagipun orang dah jemput ke sidang media dengan cara baik, mereka pun tidak berkira sangat.

Cuma Miss K naik hantu bila terbaca tweet-tweet yang dinaikkan Faye Kusairi yang dengan senang hati mengata teman-teman Miss K bodoh!

Amboi-amboi Faye...hanya kerana nak membela kekasih, awak sanggup pertikai kredibiliti teman-teman Miss K dan kata mereka bodoh? Seolah-olah selama ini mereka tidak pernah membantu Faye 'hidup' dalam industri.

Apa kata Faye muhasabah diri dan berfikir dengan tenang sebelum memuat naik entri di media sosial.

Tidak mengapa jika Faye tidak kenang jasa mereka (wartawan), kerana mereka pun tidak hadap!

Cuma satu, berfikirlah dengan waras sebelum bertindak Faye. Nasihat Miss K, jika awak di pihak yang benar, tidak perlu rasa bimbang atau 'insecure'! Tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan buat solat istikharah minta petunjuk seperti Azmi sebelum bercinta dengan awak!

Mencari jalan damai lebih baik daripada memanjangkan drama dan tukarkan ia menjadi telenovela 100 episod. Usah ditambah bara yang tersimpan dik!

Miss K: Nak pergi klinik kerana ada masalah kencing tak tos!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!