Bekas anggota kumpulan Black Eyes Peas, Fergie akui berada dalam keadaan baik selepas bercerai dengan aktor Josh Duhamel baru-baru ini.

Malah Fergie juga tidak berasa terkesan dengan penceraian itu dan sedang aktif mempromosikan album terbaharunya, Double Dutchess.

Menurut laporan E! News, Fergie berasa selesa kerana dapat meluahkan isi hatinya menerusi lirik lagu yang dihasilkan.

“Saya berasa sangat gembira kerana dapat melancarkan album ini. Saya okay dan berada dalam keadaan yang baik.

“Perasaan adalah perasaan dan ianya perlu diluahkan secara tidak langsung. Jadi saya mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hati saya menerusi penulisan lagu.

“Saya rasa itu yang terbaik dan bagus buat diri saya,” ujarnya.

Terdahulu, Fergie dilaporkan telah bercerai dengan suaminya minggu lalu.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak.

Sumber: E! News