Peminat Ranbir Kapoor bertindak menukar foto Aishwarya Rai dengan Deepika Padukone kerana tidak sukakan gandingan dua bintang itu sebagai penghias muka depan majalah Filmfare.

Peminat yang tidak menyenangi Ranbir dan Aishwarya bekerjasama dalam filem terbaru mereka, Ae Dil Hai Mushkil bertindak menukar gambar mereka.

Mereka lebih suka jika Deepika diangkat menjadi heroin filem tersebut memandangkan sebelum ini, Ranbir sering menjadi pilihan pengarah Bollywood untuk digandingkan dengan anak pemain badminton lagenda India, Prakash Padukone itu.

Bagaimanapun, Ranbir dan Aishwarya tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut walaupun foto tersebut menjadi bualan ramai di laman sosial kedua-dua peminat mereka.

Bagi Ranbir mahupun Aishwarya, kontroversi tersebut dalam masa sama telah memberi publisiti percuma mereka.

Ranbir dan Aishwarya digandingkan kali pertama sebagai penghias muka depan majalah Filmfare sebagai langkah promosi filem terbaru.

Filem arahan pengarah Karan Johar ini bakal ditayangkan pada 28 Oktober sempena sambutan hari Deepavali.

Pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Anushka Sharma, Deepti Naval dan Shah Rukh Khan sebagai watak Cameo.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Bollywoodlife.com