Aktres jelita, Mia Ahmad mendedahkan dia sudah bersedia untuk bernikah dengan penjaga gol kelab bola sepak negeri Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi Roslan, 25.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, 28, sedang merancang untuk berkahwin tetapi masih belum ada tarikh spesifik.

"Saya sudah sedia untuk berkahwin dan sudah merancang ke arah itu. Namun begitu, kami masih belum mendapat tarikh untuk berkahwin.

“Tak mungkin kami akan berkahwin dalam masa terdekat kerana jadual Izham sebagai seorang pemain bola sepak sangat padat sehingga hujung tahun ini. Jadualnya untuk tahun hadapan pula bakal diumumkan pada Disember nanti," kata Mia ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2016 sebentar tadi.

Mengenali Izham selama setahun, keluarga mereka juga sudah turut maklum mengenai perkara ini.

"Kami sudah berkenalan selama setahun. Saya selesa dengan Izham. Keluarga kami juga sudah maklum mengenai perkara ini.

"Saya sangat senang dengan sikap Izham. Di juga memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon," katanya lagi.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal