Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti dikecam netizen kerana memiliki anjing sebagai haiwan peliharaan.


Menerusi satu entri di akaun Instagram (IG)nya, Kris telah memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang beriadah dengan membawa anjing peliharaan.

Enjoying Sunday morning with dollar ? . . Wearing sports wear from @cucaactive Photo credit @atan_lemos_photography

A post shared by Krisdayanti (@krisdayantilemos) on


Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi pengikut IGnya.


Rata-ratanya memberi komen negatif dan berpendapat sebagai seorang yang beragama Islam tidak boleh membela anjing untuk dijadikan haiwan peliharaan.


Mereka juga memberitahu haram jika seorang Islam membela anjing tanpa sebab perkebunan dan penternakan.


Berikut merupakan komen-komen yang diberikan netizen


@fadeelalala - Gila lah bela anjing. Dengan bangga lagi.. Allahuakbar. Akhir zaman.. Moga sempat taubat


@virabchsn - Kebanyakan manusia sekarang namanya sahaja Islam tapi tak mengikut syariat dalam Islam aduhh saya prihatin


@lutfiwijaya9- Org Islam haram memelihara anjing, kecuali bagi yang punya perkebunan dan penternakan dan itu pun tidak di dalam rumah.


@hi_ekasari - cuba sahaja buka hadist HR. Muslim:23 Al Masaqoh, barang siapa memelihara anjing selain untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalan berkurang setiap harinya sebanyak satu qiroth (sebesar gunung uhud).