Pereka fesyen tanah air, Ezuwan Ismail di dalam Instagram miliknya mengesahkan bakal menyambut cahaya mata kedua.


Menerusi posting itu Ezuwan memuat naik foto yang menunjukkan paparan skrin scan ultrosound yang memaparkan wajah bayinya ketika berada di sebuah hospital swasta di ibu negara.


Dalam pada itu, Ezuwan turut menulis kapsyen seperti dengan nada gurauan dan tanda tanya adakah anak keduanya itu lebih kacak daripada anak sulungnya Eisa Zhafran.


Ezuwan turut berterima kasih kepada doktor yang memeriksa isterinya serta memberitahu anaknya bakal dilahirkan pada Disember ini.


Ucapan tahniah turut diterima Ezuwan dan pasangan sejurus selepas posting itu dimuat naik.


Tahniah juga Astro Gempak ucapkan kepada Ezuwan dan pasangan, moga isterinya selamat melahirkan bayi kedua mereka.


Agak2 yang baru ni lebih handsome dari @eisazhafran tak? Eikl junior 2.0 coming soon December ? tq dr @_s__e__r__i_

A photo posted by Malaysia FASHION DESIGNER (@ezuwanismail) on






Teks oleh: Syafiqah Jalal