Konsert AF Megastar sudah memasuki minggu keempat dan Idayu serta Marsha antara bintang dari Akademi Fantasia musim ketiga yang masih bertahan.
Mengimbau kembali kegemilangan juara AF musim ketiga, Mawi, ada antara peminat setianya yang masih menanggung kecewa kerana ketiadaannya pada konsert AF Megastar Homecoming tiga minggu lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, ini jawapan Mawi.
"Bertanding seperti konsert mingguan AF memang tertekan, sama seperti peluang ke final Anugerah Juara Lagu.
"Ibaratnya setiap minggu kita akan melaluinya dan saya sebenarnya sudah sampai ke fasa yang mahu menyanyi lebih rileks dan tenang. Tidak mahu terlalu stress.
"Selain itu, saya juga terikat dengan komitmen bisnes dan radio baharu di bawah Astro yang akan mula bersiaran pada bulan Oktober.
"Jadi, saya perlu fokus satu persatu kerana bimbang konsentrasi saya terjejas," katanya yang ditemui pada majlis kesyukuran radio baharu Astro baru-baru ini.
Tambah Mawi, dia tidak meletakkan penangan gelombang Tsumawi 12 tahun lalu sebagai batu loncatan sekiranya dia tersenarai antara bintang yang bertanding untuk AF Megastar.
"Untuk mencari gelombang kedua Tsumawi bukan mudah sebab ketika AF 12 tahun lalu pun ia tidak dirancang dan terjadi dengan sendirinya.
"Ini bukan 2005, saya tidak fikir akan ada gelombang kedua Tsumawi sebab peminat saya pun sudah beralih generasi," tambahnya yang bertegas enggan bertanding sekiranya ada AF Megastar musim baharu tahun depan.
Dalam perkembangan lain, Mawi bakal mengendalikan segmen utama stesen radio baharu bawah Astro yang akan mula ke udara pada Oktober depan.
Selain Mawi, stesen radio itu akan turut dikendalikan oleh empat penyampai radio lain iaitu Anas Tahir, Raqib, Falyq dan Lin Ariffin.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @cahayaasmawi
Amri Hassan
Mon Sep 25 2017
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.
Sarah Yasmine Dedah Cerita Sebenar Hubungan Dengan Meerqeen!
Ada sebab nama Sarah Yasmine dikaitkan dengan Meerqeen.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
“Bubs, Yang, Love” - Sarah Yasmine Dedah Panggilan Manja Aliff-Sophia, Berhubung Guna Akaun Palsu?
Nama pelakon jelita Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan apabila Sarah Yasmine memuatnaik tangkap layar perbualan dipercayai antara Sophia dan Aliff Aziz.
Sarah Yasmine Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Berlagak 'Angel'... Beri Kenyataan Palsu Kepada Media?
Selepas pendedahan mengenai Ruhainies, Sarah Yasmine sekali lagi tampil pula mendedahkan tangkap layar perbualan antara pelakon Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz.