Sama seperti selebriti lain, pelakon Fahrin Ahmad juga tidak ketinggalan berkongsi beberapa foto menarik bersama anak sulungnya, Khalifa Fahrel.

Menariknya, bukan hanya sekadar foto malah kapsyen lucu yang ditulis oleh Fahrin juga mendapat perhatian pengikut Instagram (IG)nya.

Antara menarik perhatian ialah foto Fahrin sedang memegang botol susu dengan mimik muka comel seolah-olah sedang berfikir cara untuk menyusukan anak lelakinya dengan kapsyen:

“I am the Susu Ibu Man!!! Ketika ibunya berpantang dan confinement lady datang. Ayahnya yang tak mandi lagi menjadi penunggu setia. Nasib la ibu dia dah simpan stok susu badan, Khalifa Fahrel bangun menjerit, aku bukan ada susu pun.

“Also tq to Yang Berbahagia aunty @nherdawaty menyumbangkan Cocoonababy yang dia tengah lena tidur tu. Kepompong bayi sangat i can see. Sedap je dia tidur #khalifafahrel #fahrinelena #fahrinahmad,” tulisnya.

Sebaik sahaja foto itu dimuatnaik, ruangan komen Fahrin mula dihujani dengan usikan peminat antaranya: “@lanazura ...mama...dh trun pnkat dah???” dan “@syed_alwi Hahahaha.. Khalifa Fahrel.. Buli daddy dia cukup2.. Hahahaha... @fahrinahmad_fa,” tulis peminatnya.

Terdahulu, Fahrin dan Elena mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Teks oleh: Mya Amri