Sekali pandang, senyuman pelakon cantik Filipina, Liza Soberano sememangnya persis aktres dan pengacara Elfira Loy.
Liza atau nama sebenarnya Hope Elizabeth “Liza” Hanley Soberano ini merupakan pelakon drama telenovela popular Dolce Amore.
Selain pelakon, Liza yang dilahirkan pada 4 Januari 1998 ini juga merupakan seorang model kacukan Filipino dan Amerika.
Selain memiliki senyuman menawan, Liza juga memiliki rupa paras yang cantik.
Dalam pada itu, menerusi drama Dolce Amore, Liza memegang watak sebagai Serena dan bergandingan dengan aktor Enrique Gil yang membawakan watak TenTen.
Dolce Amore akan mula ditayangkan esok pada jam 7.00 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto cantik Liza.
Foto: Instagram Liza Soberano
Teks oleh: Mya Amri
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di