Pelakon Korea Park Bo Gum akui gemar mendengar lagu hits kumpulan BTS berjudul Spring Day.

Bo Gum berkata dia menyukai lirik dan juga melodi indah yang terdapat pada lagu tersebut.

"Jika anda mengenali BTS pasti anda tahu tentang lagu Spring Day.

"Saya suka lagu itu kerana liriknya sangat bermakna dan juga melodi indah yang ada pada Spring Day.

"Sejak kebelakangan ini, saya juga sering mendengar lagu tersebut," katanya seperti yang dilapor Koreaboo.

Park Bo Gum juga merupakan rakan baik kepada anggota kumpulan BTS, V.

Dalam pada itu, muzik video Spring Day yang dikeluarkan pada 12 Februari lalu telah mencecah lebih 100 juta tontonan.

Sekaligus menjadikan Spring Day muzik video ketujuh BTS yang berjaya mencecah jumlah tersebut.