Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Nizen Ayob mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nizen, 32, mendedahkan perbuatan terkutuk itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
Menerusi posting itu, Nizen memuat naik sekeping gambar menunjukkan sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat.
"Ingatlah setiap penyakit ada ubatnya, ingatlah setiap yg hidup pasti ada mati,
"Ingatlah syurga pasti ada neraka, ingatlah setiap yg sakit pasti ada sihatnya kecuali kematian, ingatlah iman seseorang pasti ada nafsunya, yang sabar itu pasti ada barannya..
"Selagi aku mampu tersenyum aku akan tersenyum, semoga kepuasan milikmu wahai pengirim sekali lagi...
"Percayalah Allah itu ada... Cuma kali ni berbekas sikit kepala aku waktu keluarkan," tulisnya di Instagram.
Terdahulu, Nizen pernah mendapatkan rawatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei lalu.
Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat telah dikeluarkan daripada badannya.
Nizen mempunyai pertalian darah dengan legenda seni tempatan, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor serta isteri, Allahyarham Datin Umi Kalthum dan pernah membintangi drama popular antaranya Janji Jaslina, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @nizenayob
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat