Pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga.

Perkara itu diumumkan lebih awal memandangkan Kate, 35, terpaksa membatalkan satu acara rasmi kerana mengalami alahan mengandung atau Hyperemesis Gravidarum seperti dua kandungannya sebelum ini.

Berita itu turut dikongsikan di twitter rasmi istana, Kensington Palace.



Kate pernah memberikan petunjuk awal untuk menerima cahaya mata lagi pada Julai lalu selepas pasangan itu pulang bercuti dari Poland.

Namun tidak dimaklumkan berapa usia kandungan Kate ketika ini, tetapi banyak akhbar tabloid meramal Kate bakal melahirkan anak ketiganya pada Mac atau April tahun hadapan.

Pasangan diraja berkahwin pada tahun 2011 dan telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: News.com, Astro Awani