Bengang dan kecewa gambar tidak senonoh tersebar di laman sosial, ahli kumpulan Qanda, Dude atau nama sebenar Mohd Firdaus Baharom 30, telah membuat polis di Johor Bahru.

Susulan daripada laporan itu, pihak polis sudah menerima gambar-gambar tersebut dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari dalang sebenar.

“Saya dapat tahu perkara ini daripada kawan baik saya yang memberitahu gambar tidak senonoh saya yang menampakkan alat sulit sedang tersebar di laman web Tumblr.

“Malah kapsyen yang ditulis itu amat berbeza dengan apa yang saya tulis pada setiap hari. Terus terang saya tegaskan itu bukan gambar saya.

“Perkara ini amat memalukan saya dan keluarga. Pada masa sama boleh menutup periuk nasi saya sebagai pendatang baru dalam industri ini,” kata Dude ketika dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp.

Tambah Dude lagi, dia tidak menyangka sikapnya yang mudah mesra menyebabkan individu tidak bertanggungjawab menjadikan dia sebagai ‘bahan’ untuk dimalukan.

“Saya cuma berharap, gambar itu dapat di buang daripada laman web tersebut.

“Di kesempatan ini saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa saja yang pernah sakit hati dengan kelakuan saya.

“Yang pasti saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Saya tidak sangka selepas beberapa rakan artis 'dikenakan' saya juga turut terlibat," katanya kesal.

Dalam perkembangan lain, Qanda masih lagi mempromosikan single mereka berjudul Wanita Setia dan sedang dalam proses mencari lagu baru.

Kumpulan Qanda terdiri daripada lima anak muda, Dude, Aslan, Daniel, Edaman dan Aliff Amie yang dicungkil bakatnya oleh komposer dan penyanyi Asfan.

Teks Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir