Bintang AF Megastar, Amir Jahari akui tidak pernah berniat hendak menjadi artis.
Amir Jahari yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9) berkata niatnya menceburi dunia seni hanya untuk berkarya dan menghiburkan orang.

"Sebenarnya saya tak nak jadi artis.

"Kalau ikutkan, saya bukan nak jadi penyanyi sangat tapi saya nak berkarya.

"Saya nak sentuh hati semua orang dan betulkan hati mereka yang rosak termasuk saya.

"Sekurang-kurangnya saya dapat ubat hati saya sendiri dan orang lain.

"Malah saya akui sukar untuk terima dunia artis selepas keluar dari Akademi Fantasia," katanya dalam satu temu bual AF Close Up.

Menerusi temu bual AF Close Up itu juga, Amir turut berkongsi cerita kepayahannya untuk menapak dalam industri seni tanah air serta membina nama.

Selain itu, Amir turut berkongsi rasa keterujaan serta harapannya dalam AF Megastar yang bersaing dengan 23 bintang lain.

Jom ikuti temu bual penuh Amir dalam video penuh AF Close Up: