Ratu realiti TV, Kim Kardashian dilaporkan membina dan memperketatkan keselamatan bilik kecemasan atau panic room di rumahnya dengan nilai mencecah hampir setengah juta ringgit malaysia ($100 000).

Kim Kardashian bertindak sebegitu selepas kediamannya bersama suami, Kanye West bersama dua orang anaknya, North,3, dan Saint berusia 10 bulan yang dirompak pada Oktober lalu.

Selain mengalami kerugian yang banyak selepas rompakan itu, bintang program Keeping Up With The Kardashians ini juga kini mengalami trauma kerana masih berasa tidak selamat walaupun berada di dalam rumah.

Menurut laporan Hollywoodlife, Kim membina bilik kecemasan atau ruangan tersembunyi itu di dalam rumahnya sebagai tempat berlindung daripada ancaman jika berlaku rompakan.

Bilik keselamatannya kali ini dipertingkatkan lagi dengan kelengkapan yang canggih selain mempunyai reka bentuk yang mewah dilengkapi tandas.

Sumber: Hollywoodlife.com

Olahan oleh: Syafiqah Jalal