Bintang AF Megastar, Adira Suhaimi akui ibunya pernah bersedih apabila gosip negatif melanda dirinya selama dia menjadi anak seni.

Adira berkata ketika dalam satu temu bual bersama AF Close Up, ibu dan keluarganya antara orang yang turut terkesan dengan gosip yang terpalit ke atas dirinya.

"Apa sahaja gosip negatif, keluarga pasti akan terkait sekali dan mereka turut terkesan dengan apa yang berlaku.

"Ibu mestilah sedih apabila dengar anaknya dihentam dan dikata macam-macam perkara negatif.

"Namun saya bersyukur kerana ibu dan keluarga saya tidak cepat melatah, malah sangat memahami," luahnya.

Menerusi temu bual AF Close Up tersebut Adira turut meluahkan perasaannya apabila dihentam dengan komen negatif daripada netizen.

Sementara itu, Adira turut teruja apabila terpilih menyertai AF Megastar serta berkongsi rancangannya di dalam program realiti tersebut.

Jom ikuti temu bual penuh Adira dalam video penuh AF Close Up: