Bermula sebagai pelakon dan seterusnya menceburi bidang nyanyian, Fazura bakal menceburikan diri dalam bidang lawak.

Menguatkan lagi dakwaan ini apabila Instagram rasmi Zon Lawak, Astro memuat naik sebuah video menampilkan Fazura yang memberitahu akan menyertai program Lawak Solo pada malam ini (Jumaat).

Menerusi video tersebut juga, Fazura dilihat cuba menunjukkan bakat sebagai seorang pelawak apabila cuba memberi 'pick-up line'.

Kepada anda yang ingin melihat penampilan Fazura malam ini, jangan lupa menonton program Lawak Solo disiarkan secara ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.

Lawak Solo bakal bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016 (malam ini).

Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.

Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.

10 orang peserta Lawak Solo bakal diadili dua juri tetap, Datuk AC Mizal bersama Saiful Apek dan seorang juri jemputan setiap minggu.


@missfazura punya pickup line aduhai gugur jantung dah ni! Tolong jangan comel sangat plisss, eh tapi apa yang @missfazura buat kat #LawakSolo nanti? Nak tahu saksikan esok jam 10 malam di Astro Warna dan Mustika HD.

A video posted by Zon Lawak (@zonlawak) on


Wah @missfazura pun dah tak sabar nak beraksi di #LawakSolo malam ni!! Korang jangan lepaskan moment indah bahagia bersama #LawakSolo 10 malam ini di Astro Warna dan Mustika HD ok!! #AdaBeran

A video posted by Zon Lawak (@zonlawak) on


Eh apa yang @missfazura buat kat #LawakSolo malam esok? Haa jaga-jaga abang semua jam 10 malam esok kita jumpa hanya di Astro Warna & Mustika HD.

A photo posted by Zon Lawak (@zonlawak) on



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi