Kapten skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Adib Zainuddin, mengakui pasukannya ingin membalas dendam menentang Thailand esok selepas tewas dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini.

Menurut Adib, pasukan muda negara akan beraksi di final menentang Thailand dan berentap buat kali keempat dengan Thailand sejak Jun tahun lalu.

"Kami tahu kami telah tewas kepada Thailand di Bangkok tetapi di sini kami menjadi tuan rumah, jadi sudah tentu kami mahu membalas dendam.

"Kami pasukan negara akan memastikan dendam terbalas dan rakan-rakan pasukan sedia mengerah segala kudrat bagi memastikan kemenangan milik Malaysia," katanya.

Dalam tiga perlawanan terdahulu, skuad muda negara tewas 2-1 ketika final Piala Negara-Negara (Jun 2016), dibelasah 4-0 ketika Piala Dubai (Mac 2017) dan kecundang 3-0 ketika kelayakan Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Bangkok, bulan lalu.

Adib bersama Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin sekali lagi dijangka membentuk trio ampuh di benteng akhir.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Thailand pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, pada 29 Ogos ini.

Marilah kita sama-sama menyokong atlet-atlet yang bertanding pada temasya sukan SEA Kuala Lumpur kali ini.

Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

Sumber: Astro Arena