Karakter Isabella yang dibawakan oleh aktres dan penyanyi Dr. Soo Wincci menerima kecaman netizen.

Namun begitu, kecaman yang diterima menerusi laman Instagram miliknya membuatkan bekas ratu cantik itu berterima kasih.

Komen-komen tersebut menjadi tanda karakter antagonis tersebut dijayakan dengan baik oleh Wincci dan meninggalkan bekas di hati penonton filem Kau Yang Satu.

Filem Kau Yang Satu menjadi filem Bahasa Melayu pertama lakonan Wincci serta filem ini juga tuurt menampilkan sudut berbeza lakonan Wincci kerana penyanyi lagu Terus Teranglah ini jarang membawakan watak jahat.







Menerusi filem arahan Osman Ali itu, Wincci bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat lain seperti Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Amyra Rosli dan ramai lagi.

Mula ditayangkan pada 27 Julai lalu, filem Kau Yang Satu masih hangat ditayangkan di pawagam.

Teks oleh: Kamaruddin Razal