Pelakon terkenal Bollywood, Shahrukh Khan (SRK) dan isterinya, Gauri Khan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 di Sepanyol.

Sebelum ini, ada khabar mengatakan pasangan yang sudah memiliki tiga orang anak ini bakal menyambut hari bahagia itu di Mumbai, India.

Namun begitu, ternyata pasangan ini mempunyai perancangan tersendiri untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang berusia suku abad.

SRK kini berada di Lisbon, Portugal bagi menjalani penggambaran filem terbaru yang berjudul The Ring arahan Imtiaz Ali.

Selepas selesai sesi penggambaran di Lisbon, SRK akan bertemu dengan isterinya di Sepanyol. Gauri telah selamat tiba di Barcelona, Sepanyol beberapa hari lalu bersama anak bongsu mereka, AbRam Khan.

Walaupun diraikan di luar negara, SRK dan Gauri tetap merancang sebuah majlis untuk menyambut hari indah mereka di Barcelona bersama teman-teman terdekat.

Mereka dilaporkan telah memesan sebuah kek istimewa sempena ulang tahun mereka. Majlis itu akan turut diiringi oleh beberapa pemuzik yang akan memeriahkan lagi majlis tersebut.

Olahan oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Bollywoodlife.com