Juara Malaysian Idol, Jaclyn Victor memilih untuk menjualkan empat helai dres kesayangannya serendah RM100 di platform urusniaga dalam talian, Mudah.my.

"Saya ada banyak baju, antaranya dres ini yang saya beli namun tidak pernah pakai. Sangat comel!

"Manakala dres hitam keemasan ini pula pernah saya pakai ketika Konsert Live & Loud 2007. Masih cantik lagi, jadi saya jualkannya dengan harga RM150 sahaja.

"Manakala, dress labuh berwarna merah ini membuatkan saya kelihatan sangat kurus. Saya pernah pakai dres ini dalam muzik video Bertamu Di Kalbu," katanya yang menjualkan dres ini dengan harga RM500.

Hasil jualan itu akan disalurkan ke wad kanser kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Sementara itu, bekas Ratu Cantik Deborah Henry pula menjualkan gelang eksklusif jenama Lumiere di platform urusniaga tersebut.

Gelang tangan yang boleh ditukar gantikan strap berwarna merah jambu, emas dan gangsa itu dilengkapi dengan batu berlian di bahagian tengahnya.

"Saya mendapat gelang tangan ini ketika menghadiri sebuah acara beberapa tahun lalu dan belum pernah memakainya," kata Miss Universe Malaysia 2011 itu.

Hasil jualan gelang tangan yang dilelong oleh Deborah dengan harga RM800 itu akan disalurkan ke sekolah kanak-kanak pelarian, Fugee School.



Manakala, penyanyi dan pelakon kacak Harris Baba menjualkan dua helai kemeja yang pernah dipakainya ketika penggambaran drama bersiri Isteri Tuan Ihsan tahun lalu.

"Baju ini menyimpan nilai sentimental kerana kedua-duanya dipakai untuk drama pertama lakonan saya," katanya yang menjualkan baju itu serendah RM50 sehelai.



Untuk mengetahui barangan menarik lain yang dijualkan oleh artis kesayangan anda di platform Mudah.my, saksikan My Mudah Stories yang sudah mula bersiaran setiap hari Ahad pukul 11.30 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. Mudah.my, Malaysia's Largest Marketplace.

Teks oleh: Amri Hassan