Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman tampil memohon maaf menerusi entri di Instagramnya selepas memuat naik posting mengenai kekecohan yang berlaku di antara anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) dan Pemuda Umno, baru-baru ini.

Menerusi posting tersebut, Yasin menulis:



Entri tersebut menjadi kontroversi selepas penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza meninggalkan komen yang kemudiannya dibalas Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha menerusi posting di akaun media sosial Facebook.

Mungkin kerana terkesan dengan komen ditinggalkan Siti, Armand telah menggesa penyanyi nombor satu negara itu untuk bertanya kepada suaminya Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K, bila hendak ke Palestin.





‘Perang posting’ tersebut telah menjadi viral sekaligus menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menganggap isu sekecil ini tidak perlu dilayan oleh Armand.

Sementara itu, Siti bertindak meninggalkan komen pada ruangan komen di entri yang dimuat naik Armand di Instagram dan memohon maaf sekiranya terasa hati.

Dalam pada itu, Yasin menerusi posting terbarunya hari ini, memohon maaf kepada Siti kerana postingnya telah menyebabkan pelantun suara Biarlah Rahsia itu diserang.