Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah mengadakan sambutan majlis hari jadi yang cukup meriah untuk anaknya, Lara Alana semalam.

Lara yang menyambut ulang tahun ke-3 pada 22 Julai lalu dilihat telah memotong 4 biji kek serta 4 tingkat pulut kuning di majlis tersebut.

Empat biji kek itu terdiri daripada pelbagai bentuk dan tema yang berlainan seperti tema kartun PJ Mask, Little Ponny, bentuk set bucket KFC serta tema bunga-bungaan.

Lara kelihatan sangat gembira dan ceria bersama Awal dan Scha ketika sesi memotong kek dan pulut kuning.

Serentak dengan itu, pasangan ini turut mengadakan sambutan rumah terbuka untuk keluarga dan rakan-rakannya.

Rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut seperti Neelofa, Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Betty Rahmat.

Berikut merupakan foto yang dikongsi pasangan ini sepanjang majlis itu berlangsung: