Sejak kebelakangan ini, Miss K tengok netizen di laman sosial kemain galak mengutuk dan mengeji artikel berkaitan berita hiburan.

Malah ada yang mengatakan berita hiburan itu berita sampah dan tidak memberi manfaat kepada pembaca, tapi masalahnya korang baca jugakan?

Terbaru, seorang teman telah berbisik manja ditelinga Miss K dan memberitahu tentang sikap seorang personaliti TV yang dikatakan turut mengkritik berita hiburan.

Miss K tanya siapa dia? Teman Miss K hanya cakap rahsia!! Tapi teman miss K beritahu, dek kerana kelantangannya, personaliti tersebut telah mendapat amaran dari pihak atasan.

Malah difahamkan personaliti TV itu juga diberi peringatan keras supaya lebih berhati-hati sebelum memberi pendapat di mana-mana platform di alam maya.

Pendapat Miss K mudah saja, pepatah melayu pun ada mengatakan 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'.

Memang kita ada hak untuk memberi sebarang komen tapi kadang-kadang komen kita itu boleh menguris hati orang lain tanpa kita sedari.

Apa-apa pun Miss K harap semua pihak perlu rasional dan jangan cepat melatah dalam apa jua perkara.

Okaylah Miss K nak sambung tengok ulangan GegarVaganza 3, Miss K buntu nak sokong siapa, korang boleh tolong?

MISS K: Salam takziah buat keluarga mangsa tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.