Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadiri makan malam bersama bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo.

Perkhabaran tersebut dikongsikan di laman sosial Facebook milik Johor Southern Tigers.

"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo sebelum berlepas ke Terengganu keesokan pagi untuk menghadiri Mesyuarat Exco FAM dan sesi bertemu penyokong bola sepak tanahair pada 22hb Julai 2017. Allah Peliharakan Sultan.

"Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth," tulis akaun berkenaan.

Menerusi laporan portal Berita Mediacorp, Cristiano Ronaldo tiba di negara Singapura pada Jumaat bagi mengunjungi rakan baiknya, usahawan terkemuka Peter Lim.