Pelakon Hanez Suraya menegaskan dirinya kelihatan kurus bukan kerana makan hati atau pun dilanda sebarang masalah.
"Kini berat badan saya mencecah 45 kilogram. Saya kurus bukan kerana makan hati atau berduka. Saya kelihatan kurus kerana sibuk menjaga anak.
"Anak saya, Puteri Aleesya semakin membesar dan saya sendiri menguruskan anak di rumah selepas kurang aktif dalam bidang lakonan.
"Saya berkejar ke sana sini kerana Aleesya semakin ligat dan suka bermain. Mungkin berat badan saya susut kerana menjaga sama-sama 'berlari' dengan Aleesya," seloroh Hanez.
Sudah tidak bergiat aktif dalam bidang lakonan, Hanez mengakui dirinya merindui suasana di set penggambaran.
"Sebelum berkahwin, saya memang aktif bekerja dan jarang lekat di rumah. Selepas berkahwin, semuanya telah berubah.
"Kadangkala, rasa rindu untuk berlakon terbit tetapi saya akur dengan kehendak suami untuk saya tidak terlibat aktif lagi.
"Namun begitu, saya masih menghadirkan diri ke acara-acara hiburan jika menerima sebarang jemputan," katanya lagi ketika ditemui di majlis rumah terbuka yang diadakan di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, hampir 500 orang tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Pasangan itu turut menjemput dan meraikan 100 orang anak yatim dan pelajar tahfiz.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Amri Hassan
Fri Jul 21 2017
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ