Penyanyi ahli kumpulan IOI, Kim Sohye mendapat pujian nitizen mengenai kecantikan yang dimiliki oleh penyanyi itu meskipun dulu pernah dikritik kerana kurang berbakat dalam hal menari dan menyanyi.

WowKeren.com melaporkan, wajah yang dimiliki oleh Sohye kini secantik penyanyi Sohee.

Sohye kini mula mendapat banyak pujian dan menampilkan perkembangan yang baik ketika bersama kumpulan IOI.

Menerusi sebuah muatnaik foto baru-baru ini, Sohye yang mengenakan pakaian hitam ketika berada di sebuah pusat beli belah mendapat pujian dari nitizen kerana kecantikan yang dimiliki.

Kebanyakan mereka terpegun dengan senyuman dan kecantikan yang dimiliki oleh Sohye.

"Nampaknya kecantikan yang dimiliki oleh Sohye kini sama seperti mirip Sohee sekarang.

"Dia amat cantik sekarang jika hendak dibandingkan dengan awal penampilanya dahulu," kata nitizen.


Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: WowKeren.com