Kumpulan nasyid popular Rabbani bakal membawa bekas juri Gema Gegar Vaganza, Oki Setiana Dewi ke Rabbani Lamb House khas buat pelanggan restoran tersebut.

Anggota kumpulan Rabbani, Azadan abdul Aziz berkata selain Oki, penyanyi Bienda juga diundang menghiburkan pengunjung pada 16 Julai ini.

"Selepas melihat sendiri sambutan orang ramai terhadap genre irama nasyid kontemporari di Rabbani Lamb House baru-baru ini, kami berasakan kehangatan itu wajar diteruskan.

"Lebih istimewa, kali ini kita beri peluang kepada penggiat seni wanita pula. Memandangkan Oki antara nama yang mempunyai kelompok peminat di sini, kami menerbangkan beliau ke ibu kota khusus untuk bersama pengunjung pada 21 Julai depan.

"Tidak ketinggalan diundang adalah Bienda yang turut mempunyai rangkaian lagu kemanusiaan yang bakal diperdengarkan pada acara makan malam khas," katanya

Tambahnya selain pengisian hiburan dan elemen bual bicara sambil menjamu hidangan lazat, pengunjung bertuah berpeluang membawa pulang hadiah cabutan istimewa termasuk pakej pelayaran Islamik bersama Rabbani.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan persembahan kedua-dua selebriti terbabit, yang turut diserikan kemunculan Rabbani, tempahan tempat atau kadar bayaran boleh dikemukakan kepada Hafizuddin di talian 017-5066119.

Rabbani Lamb House yang baru operasi pada 23 Jun lalu bertemakan masakan Arab , Barat dan Malaysia.

Bersempena bulan Syawal ini juga, Rabbani Lamb House turut menyediakan Pakej Buffet Raya serendah RM 79.90 untuk dewasa RM 40.00 untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dan RM15.00 untuk kanak-kanak 3 hingga 6 tahun dan percuma untuk 2 tahun ke bawah.

Menariknya buffet raya ini, setiap pelanggan berpeluang memenangi pakej pelayaran islamik bersama Rabbani pada 8 hingga oktober 2017 anjuran IntraTama Travel Consultant & Tours (M) Sdn Bhd .

Bagi mereka yang ingin menempah buffet raya ini boleh terus hubungi Rabbani lamb House di talian 013 5138281 atau layari Facebook atau Instagram di @rabbanilambhouse.