Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Elly Mazlein berkolaborasi dengan penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Aiman Tino.

Elly yang memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi terkenal dengan beberapa buah album. Kali terakhir Elly tampil dengan single berjudul Sabarlah Hati pada tahun 2013.

Aiman pula merupakan artis muda yang kian dikenali ramai. Popular dengan lagu hit Ku Rela Dibenci, single tersebut mencipta sejarah tersendiri dengan mendapat hampir 19 juta tontonan di laman YouTube.

Berpadu suara dengan menyampaikan lagu hit Elly, Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan secara duet, aksi Elly dan Aiman boleh ditonton menerusi program Motif Viral baru-baru ini.


Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melihat aksi mereka, layari www.gegarvaganza.com.my!

Jangan lupa saksikan Elly yang bersaing merebut gelaran juara dalam GV 3. GV3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan lebih banyak video dan babak eksklusif di laman web Astro Gempak. Dengan Digi Prepaid Live, anda boleh strim video setiap hari dengan 8GB internet percuma setiap bulan di rangkaian 4G Plus.

Teks oleh: Kamaruddin Razal