Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 40, yang sedang hamil lima bulan mengalami keguguran.

Berita sedih itu disampaikan kepada peminat dan pengikut Abby menerusi laman Instagram miliknya, @abby_abadi112.

Abby memuat naik gambar kaki seorang bayi dengan kapsyen “Tiada rezeki #AllahTahuYangTerbaik” sebagai perlambangan dia mengalami keguguran.

Selain itu, Abby turut berkongsi rasa sedih dengan memuat naik tiga keping foto lain yang memaparkan wajah suami, anak-anak serta ibu bapanya.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria, 43, pada 14 Ogos 2015. Perkahwinan bersama Faizal merupakan perkahwinan ketiga Abby.

Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan pasangannya dalam drama bersiri Gerak Khas, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 12, Marissa Dania Hakim, 10 dan Maria Danisha Hakim, 7.

Perkahwinan kedua Abby menyaksikan dirinya berjodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 9 Julai 2013 dan berpisah sebelas bulan kemudian.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Tiada Rezeki #ALLAHTahuYangTerbaik ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Rinduuuu ? . Berkesempatan jenguk #marissadaniahakim /Aqila semalam... sbb taktahu bila dpt jumpa lagi nanti sebab tahu hari ni nk kena masuk wad utk cuci/keluarkan Baby dari dlm perut ni. Ajak lepak makan minum jap. Maklumkan pada dia tentang Baby dlm perut ni dah takde. Nampak dia terkejut. Berubah airmuka dia. Pastu Dania ingat kita bergurau.. siap suruh bersumpah bagai sbb mcm tak percaya.. dia kata cek lagi sbb takut mesin scan tu rosak pastu tanya lagi.. dan lagi ? . Baby besar kita #MariaDanishaHakim ikut masa scan pagi semalam. Ikut masuk skali buat detail scan. Tp kusyuk sangat tgk screen sampai tak dgr apa yg Doc tu cakap... Bila kluar kita bagitau Baby Mama dah meninggal dlm perut.. Baby kata mcmana tau? Sy cakap kan nampak tadi dah takde denyutan jantung baby tu.... Dia cam tenang je terima sbb kita pun tenang je masa tu . Baby besar kata: " ALLAH bagi dia gi asrama dulu. Kalau jadi Baby ni aritu, Baby nak jaga dia dulu.. tp dah takde buleh lah Baby pergi asrama hafal ALQURAN... Alahai Baby ? . Abah pun dalam bilik doc semalam tergamam juga. Selalu setiap kali gi klinik, dia ambil gmbr baby kt monitor sbb nk tgk pergerakan Baby... nk tengok degup jantung baby. Tapi bila doc terangkan yg baby dah tak bergerak, berkemungkinan dah meninggal sehari dua, Abah mampu tersenyum kelat pandang kita. Kita tahu suami redha... tp dlm masa yg sama dia sedih giler sbb dia berharap sangat kehadiran baby ni dlm hidup dia.. tp ALLAH tahu yg terbaik k suami. Ada rezeki, ALLAH bagi rezeki lain nanti k. Jaga anak2 yg ada dulu ni k ? . Mmmmmm.. kesian semua, berharap sngat nk berbaby kecik lagi... doakan ada rezeki lain lepas ni... AMINNNNNN PS: Appoinment kita dgn doc ari ni kul 3pm. Terus masuk wad & urusan2 seterusnya. Doakan kita ye. Minta ampun maaf ye kalau ada dosa. Sayang korang ❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Untuk Mak/Ayah 10 Julai 2017 ❤️ . Doakan org selamat lalui proses hari ni ye. Takut ni sebab dengar pengalaman org lain katanya lagi sakit dari sakit bersalin normal sbb ni masukkan ubat & paksa utk Baby ni keluar ni. Doakan takde risiko lain. Nerbeeessss sangat ni, huhu... . PS: Nanti dah selesai semua, jumpa kt rumah ye... Takyah susah2 dtg ke hospital ni ye. Sekejap je ni, InshALLAH. Ampun maaf zahir batin Mak Ayah. Halalkan makan minum org selama hidup ni ye. Sayang Mak/Ayah dunia akhirat... kirim salam semua ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Hero2 Mama ❤️ . Ampun Maaf juga atas segala kesilapan & halalkan makan minum selama kita hidup bersama selama ni ye . Memang hasrat hati, jika diizinkan ALLAH, taknak berlaku apa2 waktu proses mengeluarkan Baby hari ni... tapi siapa tahu... usaha utk bersedia walaupunnnn tahu banyak dosa ? . Kalau umur kita tak panjang, mohon sedekahkan AlFatihah ye.. maafkan segala kelemahan diri ini ye, Abah Sayang... Abang Danish sayang ?. . Abang Danish baru dpt tahu tadi, cal... teresak2 menangis. Kita cakap takde rezeki Abang. Doakan Mama selamat hari ni ye. Mama takut sakit. Bila dikata sakit sangat, lagi tambah takut ? . Doakannnnnn kita ye kawan2. Maafkan kita dari hujung rambut sampai hujung kaki.... Assalamualaikum ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on